
pergh...
di lembah sungai nan indah...
ha... tu lagu intro. famili aku ni memang susah nak pegi bercuti sebenarnya. biasa la famili orang susah. kumpul kumpul duit, diskbrake belakang tak beli beli sampai sekarang, dapat la berjalan ke Negeri Perak. nak ikutkan pon bukan bercuti sebenarnya. tapi kira bercuti la sebab dapat jalan jalan.
berbekalkan kereta Exora bapak mentua, aku ngan wife anak beranak, kakak aku ngan husband dia anak beranak, ngan yang di cintai orangtua aku berdua, juga adik aku yang last, kami pon sepakat la pegi balik kampung bapak aku kat Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak. Hari Sabtu 13 aribulan 2 telah di pilih.
Letih. Gerak dari BP pukul 9.30 pagi. Rehat kat AyerKeroh setengah jam. Sampai Putrajaya pukul 12.45 tengahhari. Amik adik aku kat ERL putrajaya. Nak masuk KL kompem aku tak tau nak tuju mana amik dia. Lain la bebudak BP yang urban sangat nak duduk KL. Lagipun, kan Raya cine. takut jem. cheh macam biasa jalan KL lak. poyo. nak jadi cerita, dari ERL putrajaya dalam pukul 1.45 tu, kami pon berusaha la nak cari exit terus PLUS menuju Utara. Makan tangguh sebab nak makan kat RnR nanti. Gila punya susah nak cari, ada la sesat pusing depan LimKokWing University 2 kali. Ape best universiti tu pon aku tak tau. Terus lalu Cyberjaya. baru jumpa signboard Ipoh warna ijau. Abang ipar aku cakap : tak pe... jalan jalan.
Drive terus ke Utara. Sampai Bukit Beruntung, alamak... aku ternampak barisan kereta, lori, van, bas, toyota caldina ngan macam macam kenderaan sepanjang panjangnya. Masa tu la aku ngan abg ipar aku terasa nak isap rokok, minum RedBull, layan Movie la ape la. On the spot terpikir nak stop kat RnR.
Sampai je kat RnR seterusnya, mmg tak leh berenti. Penuh yang amat. Sabar. Tahan. Perjalanan diteruskan lagi dengan kerenah anak anak yang nak itu ini. Campur ngan Boss yang nak isap rokok (rujuk gambar). Untuk pengetahuan, tak boleh isap rokok dalam kete bapak mentua aku, sebab bapak mentua aku pon tak pernah isap rokok dalam kete tu. Dalam konteks lain, hormat. bukan takut. kalau aku takut ngan bapak mentua aku, mmg aku tak kawen la ngan wife aku tu.
Pendek cerita. sampai umah arwah Embah aku yang sekarang dijaga ngan PakCu ngan MakCu aku tepat pukul 7.00 mlm. Ini juga menunjukkan perjalanan memakan masa 9 jam setengah.
Tapi hati aku gembira. tengok muka MakCu senyum dapat jumpa abang dia.
bersambung sebab penat taip.

padi di Parit 2R @ 7.03pm 13/2/2010


4 comments:
itu exora diapunya minyak amacam? nyonyot ke runcit runcit??
setakat air kencing tikus jek...bolehlah putar alam 5,6 kali...jimat sehhh
boleh la kata jimat... kalau nak jimat lagi pegi naik beca roda tiga.
"naik kematu punggung saya, wak!"
- aziz satar dalam seniman bujang lapuk
ahh gua percaya memang jimat sbb bukan lu yang tuang duit minyak kan kan dasar menantu hantu
Post a Comment