Sunday, April 22, 2018

discrete math

moga Allah permudahkan

2013 - 2018



5tahun berlalu macam macam kisah suka duka.

ada pahit ada manis ada best ada tak best.

semuanya mematangkan fikiran. tapi bila sesekali jenguk balik blog dengan blog jalan jenang nak nak lagi baca entry tora kat jalan jenang boleh buat kurang matang jugak. wa rasa macam remaja je

adios. aku nak menulis balik




Dari Anas bin Malik r.a. dia mengatakan kepada perempuannya: "Tahukah engkau si Anu (seorang perempuan"?" Jawabnya: ''"Tahu!'' Kata Anas; "Sesungguhnya Nabi saw. bertemu dengan perempuan itu ketika dia sedang menangis dekat sebuah kubur. Lalu Nabi mengatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah dan sabarlah!" Perempuan itu menjawab: "Pergilah engkau, kerana engkau tidak merasakan cubaan saya ini!" Nabi meninggalkan perempuan itu dan meneruskan perjalanannya. Kemudian lalu dekat perempuan itu seorang laki-laki menanyakan: "Apakah yang diucapkan oleh Rasulullah kepada engkau?" Jawab perempuan: "Aku tidak mengetahui (bahawa beliau Rasulullah)." Kata laki-laki: "Sesungguhnya beliau itu Rasulullah saw." Maka datanglah perempuan tadi ke pintu rumah Nabi dan diperolehnya tidak ada pengawal. Perempuan itu berkata: "Ya Rasulullah! Saya tidak mengenal engkau!" Nabi bersabda: "Sesungguhnya kesabaran itu ketika pukulan pertama." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 5. Hadis Nombor 1902)