Wednesday, May 19, 2010

10.04 LTS

dah sampai semalam...
kalau rajin aku wat review. kalau rajin la...


Friday, April 23, 2010

mood nak pegi double trouble

ni lagu bukan dari album double trouble...

Langit Dan Bumi

Kau dongak ke langit
Aku tunduk ke bumi
Di hadapan bersatu
Di hujung sana nampak
Mesra manja bak sehati sejiwa

Tapi sebenarnya jauh
Beribu batu tak pernah bertemu

Seperti cinta kita
Hanya indah di mata
Hakikatnya berbeza
Hati kita kini
Bagai langit dan bumi

Sunday, March 14, 2010

CBNL3103 : Introduction to Network Protocols

Apa beza thinnet ngan thicknet?

Thinnet :
- 10base2
- Maximum length dekat-dekat 200m, ikut spec 185m; tapi tak ada sape buktikan tepat 185m.
- maximum 30 nodes
- guna IEEE802.3 spec.

Thicknet :
- 10base5
- maximum length 500m
- selalu digunakan sebagai backbone dalam thinnet network
- guna coaxial yang lebih tebal, diameter = 0.5"


imej dari : http://learn-networking.com


Transparent Bridging :
- juga dipanggil spanning tree bridge.
- cara ia bekerja :

sebagai contoh, ada LAN A,B ngan C , bridge ada 4 port.
LAN A smbg port 1, LAN B port 2, LAN C port 3.
Host X dalam LAN A, Host Y LAN B, Host Z LAN C.

- host X dari LAN A hantar frame ke host Z dalam LAN C.
- bridge nampak frame sampai ke port 1 dari Host X.
- bridge anggap Host X boleh di hubungi melalui segment yang bersambung di port 1 
- proses dipanggil "learning process". transparent bridge akan mencipta jadual macam di rajah 1.


rajah 1 : gambar dari http://www.cisco.com

- setiapkali frame diterima drpd interface bridge, bridge akan merujuk destinasi frame tersebut di dalam jadual. 
- jika destinasi frame tersebut ada di dalam jadual dan bukan dari segmen port yang diterima (port frame mase dia datang), frame akan dihantar ke port tersebut. sebagai contoh host 15 nak hantar ke host 14 : rujuk jadual, maka frame akan dihantar ke  port yang bersambung ke network 3.
- kalau destinasi tiada dalam jadual, maka bridge akan hantar frame ke setiap port kecuali source port (port frame datang la).
- proses dinamakan forwarding.

- bila destination frame sama ngan source frame, bridge akan sekat frame dari keluar ke port lain.
- proses ni plak dinamakan filtering.



p/s : aku dah ngantuk. esok exam midterm subjek ni pukul 4.00 ptg. 



Wednesday, March 3, 2010

rumput karpet treatment

aku : oi apek... rumput kapet ade baja tak?
apek nursery dekat recycle : ada ada. ni satu sudu + 4 liter air. lu rajin siram itu rumput nanti gumuk gumuk macam tora corgan.

p/s : kompem aku guna baja ni untuk memulihkan rumput aku. satu bungkus RM5.

eksperimen pearl grass lak


mase beli rumput karpet aritu aku beli sekali rumput mutiara ni sepetak.
findings : gambar atas tu mase beli tarikh 23.02.2010. gambar bawah 01.03.2010 @ 5.52pm.
rumput mutiara ni tak tahan kena matahari. kena rajin siram. gambar bawah tu sebab aku tak siram 3 hari sebab pegi KL

rumput karpet - day 6




aku dah agak dah...
findings : sebab aku tinggal pegi KL 3 hari, rumput dah kuning sebab tak siram. cuma gambar yang atas sekali tu elok sebab dia kawasan terlindung sikit dari matahari... kena wat treatment ni...
time : 1.03.2010 @ 5.51pm

teras 2 kembar



orang dah pakai i7, aku baru seminggu rase core 2 duo...

Sunday, February 28, 2010

tak dapat siram rumput kapet

untuk pengetahuan semua, aku tak dapat siram rumput kapet dari hari jumaat sampai ahad sebab pegi ke putrajaya hantar pengantin. sekian terima kasih. tunggu aje la hari senin nanti rumput aku macamana. adush

Friday, February 26, 2010

rumput karpet - day 2


time : 5.49pm @ 25.02.2010
findings : rumput ok. semalam aku tak siram pagi. tapi yang ni pagi nak pegi keje aku siram. rumput lebih bermaya ngan lebih ijau. bak lagu zainal abidin - "ku lihat ijauuuuuuuuuu"

Thursday, February 25, 2010

tora "gurem" corgan mase kecik


kecik kecik dah pandai main gitar, nyanyi lagu setan. suruh ngaji batuk batuk!!!
watdehel????

rumput karpet - day 1


time : 7.11pm @ 24/02/2010
findings : masih belum ada apa apa. cuma kawasan yang aku gunting tu, daunnya kering warna kuning. di gambar lepas siram. aku panik. ingatkan dah mati... hahaha

Wednesday, February 24, 2010

rumput karpet - day 0



eksperimen : tanam rumput kapet tak ikut prosedur kat umah sendiri.
tarikh : 23.02.2010 @ 6.30pm
kuantiti : 3 keping 2' x 1'
cara tanam : spotting jarak +/- 1 kaki
jenis rumput : rumput kapet dari filipina - kata apek nursery depan recycle batu pahat

aku tak pandai photoshop...




gambar diatas adalah 2 orang yang berbeza. pasal ape plak orang opis aku kate aku photoshop gambar ni. aku tak pandai guna photoshop. serius doh!

Monday, January 4, 2010

Tandatangan petisyen bantahan

Assalamualaikum para sahabat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

Aku membantah sekeras - kerasnya keputusan mahkamah tinggi.

Keputusan kabinet bertarikh 16 Mei 1986 terang - terang MELARANG mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Tandatangan petisyen bantahan muslimconsumer di sini.


wallahualam.