Monday, September 22, 2008

terubuk masin....

Photobucket

Nah tgk la kereta kesayangan aku..... ramai gak member yang tanya... aku dah malas nak jawab dah... bleh la... merasa gak aku kete terubo....

Friday, September 19, 2008

Selamat Datang Google Chrome

diskbrake.blogpot.com kat google chrome



Hahahaha browser terlaju setakat nih.... cuma yang kureng dia dari segi interface la.... kurang user friendly - banyak tab tools yang tak nampak, kureng cantik...

tapi ape kesah kan? janji laju... congrats google for your browser... aku suke betol....

Wednesday, September 17, 2008

Siapa Kunio - kun?

Aku baru perasan pasal watak ni.... Cuba teka kat mana? Jawapan kat last artikel.


Kunio (くにお) - Kunio ialah pelajar Otai/Guardian di Sekolah Tinggi Nekketsu (Nekketsu High School). Beliau juga mempertahankan sekolahnya daripada otai dari sekolah - sekolah lain. Selain itu, beliau juga adalah kapten pasukan Dodgeball (Bola elak / bola racun) sekolahnya. Kunio mula - mula muncul dalam siri original Kunio-kun, di mana beliau ialah seorang pelajar tahun dua di Nekketsu High School (dalam mini siri Downtown Nekketsu, beliau ialah pelajar tahun tiga, menampakkan jurang diantara siri gamenya yang terbaru). Tarikh lahirnya pada 27 November (sama tarikh dengan tarikh lahir Bruce Lee) dan berdarah jenis AB. Nama keluarganya (surname) tak pernah ada sape yang tau. Sesetengah games (seperti Nekketsu Hockey Bu ngan Baseball Monogatari), hanya beliau seorang yang memakai uniform putih, manakala di dalam siri game yang lain, semua pelajar Nekketsu memakai uniform putih. Dalam game versi US pulak, Kunio dikenali sebagai Mr. K (Renegade), Sam (Super Dodge Ball), Alex (River City Ransom) dan Crash Cooney (Crash 'n the Boys: Street Challenge).

.

Kat Jepun, semua game yang berasaskan siri Nekketsu Kōha: Kunio-Kun akan fokus kepada Nekketsu High School dan Hanazono High School, selalunya dua orang pelajar; Kunio and Riki. Nekketsu (熱血) dalam bahasa jepun ialah panas baran/hot blooded, dan Hanazono (漫画) dalam bahasa jepun ialah taman bunga/flower garden. Kunio ialah "Penjaga" Nekketsu High School. Beliau selalu diperlukan ketika pelajar sekolahnya dibuli oleh pelajar sekolah lain dan beliau menjadi harapan sekolahnya di dalam acara sukan (Kunio pasti akan memenangi sukan itu). Kunio juga selalu terjebak dalam pergaduhan dengan yakuza, kumpulan bermotosikal, dan geng jalanan/kongsi gelap, dan juga dengan satu - satunya kawan ataupun lawannya Riki (鮫島 力) dari Hanazono High School. (nama sebenar Samejima Riki - "Penjaga" Hanazono High School - dalam siri pertama, mereka adalah musuh ketat. Nekketsu Monogatari adalah game pertama di mana Riki mula bergabung dengan Kunio. Semenjak itu, perhubungan di antara Riki dan Kunio berubah dari lawan kepada kawan baik, dan muncul dalam game yang seterusnya sebagai karakter player 2 yang boleh dimainkan. Tarikh lahir Riki pada 5 May dan sedang mengulang tahun tiga di dalam mini siri Downtown Nekketsu. Dalam versi US pulak, Riki dikenali sebagai Jack (Renegade dan Super Dodge Ball), Ryan (River City Ransom) dan Crusher (Crash 'n the Boys: Street Challenge).

Kat platform Jepun, Super Famicom (Super Nintendo) ada game stail Tetris ngan Puyo Puyo bertajuk Kunio no Oden. Menggunakan makanan untuk menggantikan blok, korang kena padankan makanan yang sama. Game ini di adaptasi ketika Kunio mengambil bahagian dalam Pertandingan Makan Paling Banyak. Diantara lawannya ialah Riki, Nishimura, Godai, Hasebe, and Momozono (kalu nak tau sape diorang ni search kat Wiki).

Artikel asal dari http://en.wikipedia.org/wiki/Kunio-kun_(series)

p/s - watak Si Kunio ni ada dalam 2 koleksi game aku....

La... Hero dia Kunio...

Ni pon Kunio gak sebagai Hero...

Tahniah kepada aku....

MMORPG pon aku giler jugak beb....

Skang ni aku layan Trickster Online Revolution... dah sampai Episode III dah... Skang ada Event Lycanthrope in Love Pt3.... aku dah settle dah event ni dan aku dikurniakan ngan barang2 dibawah...



Tapi tu lah.... aku masih level 47 lagi... equip yang kat atas tu utk level 60 la bro.... argh... tensen....

p/s: sape main TRO ni pm la aku.... nick "diskbrake"...

nostalgia time puasa.....

argh... lama tak update blog... time - time pose ni teringat aku mase zaman kecik - kecik dulu.... time ada mase tv free aje, cucuk game tape...

ari tu aku donload rom - rom game tape ni... rupa - rupa nya konsol "micro genius" tu klon daripada Nintendo Entertainment System (NES)... chet... selama ni kita guna pirate jek...



Mase tu harga satu catridge tape tu cecah gak RM49.90.... sekarang RM2 jek, tu pun jual kat One-Stop. Antara game -game yang aku main sampai abis ialah;

Double Dragon III - The Rosetta Stone (kenal - Darjah 2, abis main - Darjah 6)

Chip 'n' Dale Rescue Rangers II (kenal - Darjah 5, abis main - Form 1)

Nekketsu Kouha - Kunio Kun (kenal - Darjah 2, abis main Darjah 2 gak)

Ni plak game all time favourite aku... mmg mase tu sampai termimpi - mimpi beb sebab gila punyer best cara gameplay dia;


Teenage Mutant Ninja Turtles - Aku stuck mase sampai lepas disarm bom kat empangan...

Teenage Mutant Ninja Turtles II - Aku stuck mase lawan Shredder yang bleh klon diri dia kat Technodrome... rase kalu aku menang, kira abis kot...
p/s - Background Music yang paling best mase kat level Technodrome

Game bola Merepek - Game ni best gila oi - bleh buat power ala ala Shaolin Soccer siot... ada ke shoot bola bleh jadik pisang, jadik petir... hahaha kelakar kalo tgk keeper kena petir... terbeliak bijik mata dia...



p/s : sape nak rom - rom game diatas emel aku heh... Selamat berpuasa...