Tuesday, November 10, 2009

pemuzik


kisah benar

tahun 1992 tak ingat berapa aribulan dan waktu. darjah 6 sek keb seri banang. hari tu ada latihan untuk persembahan akhir tahun. kelas darjah 6 mmg kompem kena wat persembahan genderang (*genderang = dalam bahasa penjajah : percussion). tiap tiap tahun kelas darjah 6 yang nak melangkah ke sek menengah kena wat persembahan ni. wajib kot. lagipun sekolah kat kampung cam ni mmg ada satu kelas aje untuk setiap darjah. cikgu muzik merangkap cikgu matematik, bahasa melayu, pendidikan seni dan juga cikgu kelas adalah cikgu Dollah. muka ala ala "M Nasir". dia boleh main semua alat muzik. mmg best la cikgu ni. tapi garang - perghhh tak boleh aku nak cakap.

ada budak kembar kitorang panggil mok. tak kira la sape abg sape adik, kitorang bantai panggil mok aje. diorang kira top performer la dalam kelas, tak kira subjek ape, mate ke, bm ke, bi ke semua diorang terer. termasuklah main alat alat muzik darjah 6 ni. recorder, kastenet, akordian, drum kecik, drum besar semua diorang leh main. untuk show ni lak, diorang layan akordian. kelas darjah 6 ni dibagikan kepada 3 group. A,B,C, berdasarkan peperiksaan diorang. maklumlah kelas darjah 6 ada satu aje. group B lak kena layan rekorder. Group C lak untuk nyanyi. group A leh pilih intrumen yang diorang nak. tapi main kena perfect la. kalu tak kena layan rekorder atau jadi penyanyi. haha

aku dah tentulah group A. sama ngan member aku, si awat. kitorang ni jenis poyo sikit. ape musim layan genderang. cikgu dolah assign kami jadi pemain rekorder sepenuh masa (sebab try main dram dah cam hape dah). kalau dah poyo tu, mmg poyo. ada ke pegi sebuk kat atas pentas konon konon jadi staff jaga tirai pentas - padahal nyibuk je lebih.

kelas darjah 6 dapat arahan untuk rehearsal dari cikgu dollah. apa lagi. bertempiaran la masing masing cari instrumen. kang cikgu dollah menjerit kang, mau terburai taik cirit kat depan pentas. cikgu dolah ni serba boleh. dia jugak technician / electrician untuk pentas sekolah. bizi gila dia aritu. aku ngan awat lak dengan hemsemnya duk kat tangga depan pentas memerhatikan memember lain susun formation kat atas pentas. sambil ngutuk ngutuk konon kitorang ni pengkritik tetap la. hehehe. cam bagus jek. bila bebudak pompuan darjah 4 ke 5 ke tengok mesti diorang ingat kami otai sekolah.

"din, wat, sini jap" panggil cikgu dollah sambil gulung wayar lampu.

aku ngan awat pon dengan bangganya pergi la. kitorang ingat kena tolong cikgu dolah gulung wayar. konon 'stage staff' kan.

PANG!! PANG!! PANG!! PANG!!

awat 2 das, aku 2 das.

" dah, pegi atas nyanyi. " dengan pipi yang terasa bahang, aku ngan awat naik atas pentas join group C nyanyi.

" buah manggis~~ buah rambai~~ " kitorang nyanyi dengan genangan airmata.

sekian, terima kasih

Thursday, October 15, 2009

kete Proton takkan bisa jadi kete mitsubishi


Lama aku tak update kete kesayangan aku. sebenarnya tak banyak perubahan. lagi lagi dari segi facelift ngan bodiparts. kete still maintain spec lama :

Model : Proton Saga 1.5i tahun 1987
Enjin : 4G61T mitsubishi mirage DOHC 1.6l turbo

Bukan tak nak ubah itu ini, tapi aku ni 'rajin' sangat kena tipu ngan pomen. arghhh... disk brake belakang aku kena tipu ngan pomen, wiring kena tipu, enjin lagi... - tu yang jadi tajuk blog ni diskbrake kot... hahaha

bulan 9 aritu idopkan roadtax ngan insuran. sekali kena RM382 da... mampos aku... tu yang mula ada la sikit perubahan kat kete aku ni. (mengenangkan insuran yang mahal)

ni gambo mase sampai parking tempat keje. lepas ujan... air cond tak sambung lagi... jadi biasala wiper no 3 kena jalan untuk lap wap... hehehe


aku mengekalkan rupa saga... sebab mase aku tadika dulu aku rajin lukis lambang proton saga ni. buat ape tukar mitsubishi...


seumur idop kete ni, baru first time dia rase bateri sel kering... aku pakai sebab low maintenance... bateri lama sel basah kompem rosak, lagipon harga basah ngan kering pon setakat beza rm20 aje...



tempat plug dari tak bertutup sampai bertutup...

stereng FTO yang dimodify tapaknya. stereng - RM70, modify tapak - RM20.
kalu cari online, amik ko kene sembelih RM200... cekik darah punya runner...
speedometer dah idop, ringan rupanya nak pegi 100kmh, turbo timer RAZO dapat murah, beli mase beli stereng kat hapkat jln kluang, dlm RM50 la timer tu, sebab timer + stereng = RM120...
p/s : ni mmg aku DIY sendiri...

seumur idop aku pakai kete, ni kali pertama tukar tayar, tu pun tayar seken... dulu bridgestone techno 50, 195/50/R15 82V pakai sejak amik kete ni dari abang aku tahun 2005. sekarang michelin (wow!!) pilot preceda 195/55/R15 85V. agak mantap sikit handling... tukar dalam 2 minggu lepas.
p/s : michelin idaman dapat harga murah beb... memang rezeki...

ni pulak tester kete aku mase aku pamper kete ni tiap tiap petang... hero aku nilah yang meneman aku melayan kerenah kerenah
"eter ooooshakkk!!!!"

Target aku untuk menyiapkan kete ni :

1. repair leaking power steering
2. susun wayering ngan idopkan aircond
3. disk depan tu aku nak tukar knuckle saga ngan wat 4 lubang pcd 114.3
4. disk belakang perdana atau libero - yang mana lebih murah
5. driveshaft dah bunyik - ganti
6. seat belt komplete ori proton saga / iswara
7. seat belakang wira 1.6 warna kelabu yang ade arm rest
8. cari la usb player ke ape ke
9. cat balik warna kelabu susu

mtk mtk la takde aral melintang... item 1-6 adalah wajib!!! doakanlah aku!!!

p/s : "eter ooooshakkk" adalah "kereta rosak" dalam bahasa Amirulmukminin ketika umurnya 2tahun 7bulan...

Thursday, August 20, 2009

tingkap tujuh

masa install beta - build 7000

windows seben (7). aku dah terlambat sebenarnya. kawan kawan technician dah start guna start dari beta lagi. aku? naseb baik pandai mendonlod. dapatla RTM-release to manufacturing. benda ni final. tak taula ni kira full version ke ape.

dari segi user friendly, mmg ramai dah tau windows adalah OS yang paling user friendly. tapi sebab kelahiran vista, mmg mcm sial.


masa install RTM-build7600

kelahiran seben lak, pada aku adalah terbaik untuk microlembut, untuk mengekalkan keuntungannya. bayangkan kalu semua orang nak stay pada XP je. lama lama nnt outdated, takut semua main opensource lak. nak harap vista, kena ada hardware yang power, laju la ape la.


diskbrake tgh wat keje kat seben

aku sendiri sebagai open source user generally, dan sebagai juruteknik komputer khasnya, mmg respek dan salute ngan microlembut atas ciptaan terbarunya. graphis yang cantik, interface yang lebih user friendly semuanya menggunakan tak lebih 1Gb RAM. (testimonial lepas 2 hari guna). so minimum requirement - processor 1Gb keatas, RAM at least 1Gb.

software yang aku dah install dan smooth :
  1. IDM - tenet dolod manager
  2. KAV for Win Workstation RC - ni aku testing sebab mmg opis aku guna AV ni.
  3. YM 9.0 - untuk kontek technician lain
  4. Chrome - browser kesayangan beb
  5. WinRAR - mmg microlembut lom support .rar extension
software lain aku tak install sebab nak guna default seben application, cth media player, office 2010 TP, DVD burner dan selainnya.

Ranking OS aku :

  1. XP - takleh berpisah
  2. Ubuntu - aku minat open source
  3. Backtrack 3 - pemanduan perang aka wardriving
  4. WinPitu - Pitu dalam bahasa jawa adalah tujuh/seven/seben. - wat mase sekarang aku guna 100 % OS ni.

letak taskbar kat atas - cam pernah tgk je interface ni? kohkohkoh

p/s : korang tgk gambar taskbar kat atas tu... ade cam gnome tak? hehehe bias tetap bias beb
microlembut sucks! winseben rocks! ape nih? tak paham aku

pandemic panic!


Apa itu pandemic? dalam bahasa melayu - wabak! ye wabak... mmg panik. aku ada anak kecik 2 orang, bapak aku yang sakit ngan dah tua, mak aku yang dah tua. apa nak buat? tak ada ubat? takpe. kita cuba prevent. yang lain kita serah pada Yang Maha Kuasa. bukan ke pencegahan itu lebih baik dari perawatan.

start dua minggu lepas, member aku, neofishy ( sebenarnya senior aku kat asrama hi school dulu ) jual burger pon pakai protection mask beb. dia awal awal dah panik. aku baru nak panik start minggu lepas. hahaha




aku pon dah start pakai. tujuan utama = keselamatan. diulangi keselamatan. bukan arahan. nasib baik ada NIOSH protection mask N95. seminggu aku pakai. minggu depan tukar. kalu takde, pakai kain ijau 3 ply pon bleh. tapi boleh tahan 8 jam je la. takpe, modal sikit.



p/s : dah macam orang nak meracun dah...

Monday, August 10, 2009

Amirah Nur Auni

salam...

dah 41 ari anak aku lahir, di mana tarikh sebenar anakku dilahirkan adalah pada 1.07.09 tepat jam 12.33AM... dan kali ni pon Amirah Nur Auni binti Shaharudin di lahirkan secara caesarean sama seperti abangnya dulu, Amirulmukminin bin Shaharudin. Alhamdulillah, Allah selamatkan anak dan isteri aku. dua dua sihat dan tiada apa apa komplikasi. 

Sepasang beb hahahaha... sorang lelaki sorang perempuan...


sepanjang waktu aku menunggu, entah berapa cawan aku teguk air kopi robot ni


bersiap sedia nak masuk operation theatre... time ni mmg aku rasa sayu sangat..
ni gambar sekodeng dari tingkap pintu.
terima kasih kat kakitangan hospital Batu Pahat - korang mmg cekap.


Amirah berumur lebihkurang 8 jam.

p/s : lambat tulis kat blog sebab tak sempat... tapi aku dah post dah kan?

aku budak 'U'

tak terkata... mmg best belajar ni... siap sedia la lagi 5 tahun nak abes... ahahahaha adoyai...
ambik ko paper final sem ni... p/s : dah tua tua ni belajo baca satu perenggan tertidurrrrrrrrrrr

Monday, May 25, 2009

mari mengemasssssssssss

adeh.... tak terkata.... nnt dah siap kemas nak post balik kat sini... muahahahaha




mampos jek... adeh....



Tuesday, January 20, 2009

yahudi laknatullah

batu...
batu kecik...
bukan batu besar...
bukan batu bata...
bahkan bukan batu blok yang guna nak buat umah...

batu tepi jalan...
pernah nampak tak?
alah batu yang agak agak besar genggam tangan...
kalu baling kena kepala sakit...
kalu kena kevlar vest / baju kalis peluru?
tak rase pape kan?

bebudak kat palestin nu...
lawan askar yahudi guna batu...
batu aje...
yahudi guna keta tank beb...
sekali tembak mati berkecai...
tapi, eh.. beraninya bebudak tu...
berdepan beb...



kita?
nak boikot pon payah...
cuba la
pon tak leh gak ke?

kentang goreng, burger McD?
goreng je kan umah...

minum coca cola?
tak baik untuk kesihatan... kalo nak minum sgt minum jela sarsaparila oren bodo

maggi?
jenama lain byk bro...

kalu cam komputer tu mmg la takde syarikat lain...
microsoft windows? jgn beli pakai pirate je... tak pon linux aje la.. kan free

tak bleh boikot semua, cuba la dulu satu dua korang boikot...
ada la jugak jawapan korang nanti!!!

p/s: tak mo nescafe... tukar ngan kopi che nah made in chenderong balai,teluk intan...

Thursday, January 15, 2009

nak control print jobs kat ubuntu

salam... lama aku tak update blog... kiki

aritu aku try edubuntu kat lab sekolah aku... siap install printer semua... printer kat sini guna TCP/IP setting atau senang citer networked printers.

print punye print banyak banyak, tetiba printer jam lak... aku pon buang la paper jam tu. bila dah siap print aku print satu benda lagi, tapi nak print aku page aku terprint semua lak tu - ada la dalam 50 page... aduyai... camne nak cancel print job???


hehehe jgn risau... senang jek... ko bukak browser, taip http://localhost:631/jobs...
ko manage la print job korang kat situ..




p/s: lama gak aku googling nak cari mende nih