Tuesday, November 4, 2008

keretaku di kala ujan renyai

ceeewah....

sian aku tgk kete aku ni... dah la tak terjaga.... tapi time ujan ni cantik berkilat lak cahaya dia memantul mantul....

(gambar snap pada 30.10.2008)





p/s: untuk arini... dah tiga ari terbengkalai kat umah... bateri kong...

Friday, October 31, 2008

henpon baru.....

lama dah aku tak update blog nih... hihi... akhirnya seminggu sebelum raya aritu, kitorang berdua telah membeli hand set baru....

aku punya Sony Ericsson P1i....



wife aku punye lak, Sony Ericsson G900...


antara handset terbaik yang kami pernah ada la... complete wifi(wife aku support b/g(up to 54mbps, tapi aku cuma wifi b only - up to 11mbps), m2 memory stick support samapi 4gb, UIQ3.0 os, touch screen, blackberry bla bla.... cuma satu je yang aku takde; GPS...

p/s - takde gps pon, kalu install google mobile map, kita leh tau gak position kita melalui pemancar telepon yang terdekat....

Monday, September 22, 2008

terubuk masin....

Photobucket

Nah tgk la kereta kesayangan aku..... ramai gak member yang tanya... aku dah malas nak jawab dah... bleh la... merasa gak aku kete terubo....

Friday, September 19, 2008

Selamat Datang Google Chrome

diskbrake.blogpot.com kat google chrome



Hahahaha browser terlaju setakat nih.... cuma yang kureng dia dari segi interface la.... kurang user friendly - banyak tab tools yang tak nampak, kureng cantik...

tapi ape kesah kan? janji laju... congrats google for your browser... aku suke betol....

Wednesday, September 17, 2008

Siapa Kunio - kun?

Aku baru perasan pasal watak ni.... Cuba teka kat mana? Jawapan kat last artikel.


Kunio (くにお) - Kunio ialah pelajar Otai/Guardian di Sekolah Tinggi Nekketsu (Nekketsu High School). Beliau juga mempertahankan sekolahnya daripada otai dari sekolah - sekolah lain. Selain itu, beliau juga adalah kapten pasukan Dodgeball (Bola elak / bola racun) sekolahnya. Kunio mula - mula muncul dalam siri original Kunio-kun, di mana beliau ialah seorang pelajar tahun dua di Nekketsu High School (dalam mini siri Downtown Nekketsu, beliau ialah pelajar tahun tiga, menampakkan jurang diantara siri gamenya yang terbaru). Tarikh lahirnya pada 27 November (sama tarikh dengan tarikh lahir Bruce Lee) dan berdarah jenis AB. Nama keluarganya (surname) tak pernah ada sape yang tau. Sesetengah games (seperti Nekketsu Hockey Bu ngan Baseball Monogatari), hanya beliau seorang yang memakai uniform putih, manakala di dalam siri game yang lain, semua pelajar Nekketsu memakai uniform putih. Dalam game versi US pulak, Kunio dikenali sebagai Mr. K (Renegade), Sam (Super Dodge Ball), Alex (River City Ransom) dan Crash Cooney (Crash 'n the Boys: Street Challenge).

.

Kat Jepun, semua game yang berasaskan siri Nekketsu Kōha: Kunio-Kun akan fokus kepada Nekketsu High School dan Hanazono High School, selalunya dua orang pelajar; Kunio and Riki. Nekketsu (熱血) dalam bahasa jepun ialah panas baran/hot blooded, dan Hanazono (漫画) dalam bahasa jepun ialah taman bunga/flower garden. Kunio ialah "Penjaga" Nekketsu High School. Beliau selalu diperlukan ketika pelajar sekolahnya dibuli oleh pelajar sekolah lain dan beliau menjadi harapan sekolahnya di dalam acara sukan (Kunio pasti akan memenangi sukan itu). Kunio juga selalu terjebak dalam pergaduhan dengan yakuza, kumpulan bermotosikal, dan geng jalanan/kongsi gelap, dan juga dengan satu - satunya kawan ataupun lawannya Riki (鮫島 力) dari Hanazono High School. (nama sebenar Samejima Riki - "Penjaga" Hanazono High School - dalam siri pertama, mereka adalah musuh ketat. Nekketsu Monogatari adalah game pertama di mana Riki mula bergabung dengan Kunio. Semenjak itu, perhubungan di antara Riki dan Kunio berubah dari lawan kepada kawan baik, dan muncul dalam game yang seterusnya sebagai karakter player 2 yang boleh dimainkan. Tarikh lahir Riki pada 5 May dan sedang mengulang tahun tiga di dalam mini siri Downtown Nekketsu. Dalam versi US pulak, Riki dikenali sebagai Jack (Renegade dan Super Dodge Ball), Ryan (River City Ransom) dan Crusher (Crash 'n the Boys: Street Challenge).

Kat platform Jepun, Super Famicom (Super Nintendo) ada game stail Tetris ngan Puyo Puyo bertajuk Kunio no Oden. Menggunakan makanan untuk menggantikan blok, korang kena padankan makanan yang sama. Game ini di adaptasi ketika Kunio mengambil bahagian dalam Pertandingan Makan Paling Banyak. Diantara lawannya ialah Riki, Nishimura, Godai, Hasebe, and Momozono (kalu nak tau sape diorang ni search kat Wiki).

Artikel asal dari http://en.wikipedia.org/wiki/Kunio-kun_(series)

p/s - watak Si Kunio ni ada dalam 2 koleksi game aku....

La... Hero dia Kunio...

Ni pon Kunio gak sebagai Hero...

Tahniah kepada aku....

MMORPG pon aku giler jugak beb....

Skang ni aku layan Trickster Online Revolution... dah sampai Episode III dah... Skang ada Event Lycanthrope in Love Pt3.... aku dah settle dah event ni dan aku dikurniakan ngan barang2 dibawah...



Tapi tu lah.... aku masih level 47 lagi... equip yang kat atas tu utk level 60 la bro.... argh... tensen....

p/s: sape main TRO ni pm la aku.... nick "diskbrake"...

nostalgia time puasa.....

argh... lama tak update blog... time - time pose ni teringat aku mase zaman kecik - kecik dulu.... time ada mase tv free aje, cucuk game tape...

ari tu aku donload rom - rom game tape ni... rupa - rupa nya konsol "micro genius" tu klon daripada Nintendo Entertainment System (NES)... chet... selama ni kita guna pirate jek...



Mase tu harga satu catridge tape tu cecah gak RM49.90.... sekarang RM2 jek, tu pun jual kat One-Stop. Antara game -game yang aku main sampai abis ialah;

Double Dragon III - The Rosetta Stone (kenal - Darjah 2, abis main - Darjah 6)

Chip 'n' Dale Rescue Rangers II (kenal - Darjah 5, abis main - Form 1)

Nekketsu Kouha - Kunio Kun (kenal - Darjah 2, abis main Darjah 2 gak)

Ni plak game all time favourite aku... mmg mase tu sampai termimpi - mimpi beb sebab gila punyer best cara gameplay dia;


Teenage Mutant Ninja Turtles - Aku stuck mase sampai lepas disarm bom kat empangan...

Teenage Mutant Ninja Turtles II - Aku stuck mase lawan Shredder yang bleh klon diri dia kat Technodrome... rase kalu aku menang, kira abis kot...
p/s - Background Music yang paling best mase kat level Technodrome

Game bola Merepek - Game ni best gila oi - bleh buat power ala ala Shaolin Soccer siot... ada ke shoot bola bleh jadik pisang, jadik petir... hahaha kelakar kalo tgk keeper kena petir... terbeliak bijik mata dia...



p/s : sape nak rom - rom game diatas emel aku heh... Selamat berpuasa...

Tuesday, August 5, 2008

Free!!! Handphone, game console ngan MP3 players!!!


wow... testimonial dari member yang ada kat forum game online. mmg dapat... cubalah klik, join... pastu tunggu la SAMPAI KAWAN KORANG BELI PRODUK XPANGO / CLIX - baru di kira 1 point. semuanya kena kumpul 33 point.... sampai kiamat la aku nak dapat... (lagipun produk diorang ada banyak unsur unsur judi la...)

http://www.xpango.com

free... free... free...!!!

p/s : mana ada mende free dalam dunia nih... masuk jamban pon 30sen beb!!!

Tuesday, July 29, 2008

kasut raya....



puasa blom lagi... tapi memandangkan aku jarang jarang ada duit, masa aku jalan jalan ngan family aku kat pacific bp mall (masa offer untuk member card), ada discount 50% untuk kasut nike. jadi aku pon beli la untuk anak aku... hehehe aku sendiri tak pernah pakai kasut lawa cam tu. lagi pun orang umah aku dah janji nak beli kasut mahal bila anak aku dah pandai jalan. maka kami pon beli la kasut nike tu. memang cantik beb... tahniah kepada diri aku sebab dapat belikan kasut tu untuk anak aku... dan tahniah jugak pada anak aku sebab dah pandai jalan... sebenarnya sekarang dia dah pandai berlari, tendang bola macam macam lagilah...

bersepah....


dua tiga ari ni mmg aku sebok bagai nak gila.... so arini keje yang kritikal dah banyak la siap. dapat la aku duduk kat meja aku mendengar lagu lagu rockapak kesayangan aku... sambil aku tgk kiri tgk kanan dengan telinga bersumbat headphone mendengar lagu "wings - gemala saktiku", baru aku perasan yang meja aku berserabut gila gila... hehehe malas betul aku nak mengemas la...

Monday, July 14, 2008

ketinggalan zaman rupenyer aku ni....

minggu lepas aku layan anak sedara aku membeli PC untuk study dia. mula mula dia nak laptop sony Vaio. tapi bila dia ternampak kotak ATI Radeon yang besor besor tu, terus dia nak pakai desktop jek.... dia ni study Graphic Design kat Poli JB, so spec nak gila gila la... bukan ape pon, nak tambah main game lagi... muakakakaka... aku yang keje computer ari ari pon tak pernah pakai PC spec cam tu.... mmg ketinggalan zaman...

Photobucket
ni gila punya flat panel 19" widescreen

Photobucket
ATI Radeon X1300 512MB DDR2 cap ayam... jeles tol aku

Photobucket
motherboard gigitan cinta... eh gigitan giga la....

Photobucket
intel korokmu duo... cari AMD tak jumpesssss

Photobucket

Photobucket
kingston 2GB ddr2 800MHz ntah PCberapa ntah...

Photobucket

Photobucket
freenyer mende ni jek... penyedot hampagas untuk keyboard...

so... aku la yang ditauliahkan menginstall OS dia.

Screen: Acer 19" widescreen LCD flat panel
OS: Winsuck XP Prokonon 32bit - support 3.5GbRAM aje rupenyer
CPU: Intel Core 2 Duo 2.4 GHz
Mobo: Gigabyte with gigabit LAN, audio, video
RAM: 4Gb DDR2 800MHz
Video: Gecube ATI Radeon X1300 512Mb DDR2
HDD: 200Gb sata
Drive: Samsung DVD-RAM sata
Etc: kipas, casing, P/s 460watt

semua sekali RM2164 nett + free keyboard vacum cleaner... sangat murah....

p/s: sayang betol tak sempat try game baru.... isk isk

thanks ubuntu




hahaha.... aku dah dapat CD dari Canonical... hahaha CD ori Ubuntu Server Hardy Heron... best giler dpt parcel dari Netherlands...

Tuesday, June 24, 2008

PC2700 VS PC2100

haha... aritu aku tgk CPU-Z, kelajuan PC2700 cuma 166MHz jek. tapi kalo kat linux lak dia baca 266MHz lak... pening aku nak ikut mane satu...

pegi kat terminal, taip lshw:

kuar la mende nih (panjang sebenarnye, aku amik tang RAM aje):

code:
*-memory
description: System Memory
physical id: 1000
slot: System board or motherboard
size: 512MiB
capacity: 1GiB
*-bank:0
description: DIMM DDR Synchronous 266 MHz (3.8 ns)
physical id: 0
slot: DIMM_A
size: 256MiB
width: 64 bits
clock: 266MHz (3.8ns)
*-bank:1
description: DIMM DDR Synchronous 266 MHz (3.8 ns)
physical id: 1
slot: DIMM_B
size: 256MiB
width: 64 bits
clock: 266MHz (3.8ns)


detail dia kasik... siap maximum RAM boleh masuk lagi... hehehe.
mana satu nak ikut ek?

Monday, June 23, 2008

Doakan kawan baikku

Di mohon semua pembaca blog mendoakan kawan baik aku, Allahyarham Mariyadi bin Sujam yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari sabtu, 21 jun 2008, pukul 11.50 pagi yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

***edited


Wednesday, June 18, 2008

tikus bersiri

tikus bersiri @ serial mouse... ramai orang tak pandang lg... pada aku lak mmg berguna... laptop aku ada usb 1port, serial 1port ngan ps2 satu port... jadi mmg berguna la serial mouse ni...

untuk meng'able'kan mouse serial korangkat dalam ubuntu ( aku guna hardy heron ), kena edit /etc/X11/xorg.conf
mula mula buat backup, pastu edit, caranya, bukak terminal :

code:
sudo cp /etc/X11/xorg.conf /etc/X11/xorg-working.conf
sudo gedit /etc/X11/xorg.conf &

cari satu section yang ada tulis "Configured mouse"... aku punye tulis camni:

code:
Section "InputDevice"
Identifier "Configured Mouse"
Driver "mouse"
Option "CorePointer"
EndSection

bukak terminal satu lagi taip 'mdetect -v' sambil menggoyang2kan mouse anda. dia akan kuar /dev/ttyS0. driver ni la yang kena configure utk mouse serial korang. kat bawah section "Configured Mouse" tu korang tambah ni:

code:
Section "InputDevice"
Identifier "Generic Serial Mouse"
Driver "mouse"
Option "Device" "/dev/ttyS0"
Option "Protocol" "Microsoft"
Option "Emulate3Buttons" "true"
Option "SendCoreEvents" "true"
EndSection

pastu skrol ke bawah lagi cari "ServerLayout". tambah kan :

code:
InputDevice "Generic Serial Mouse"

contoh nya cam aku punye nih :

code:
Section "ServerLayout"
Option "AIGLX" "true"
Identifier "Default Layout"
Screen "Default Screen"
InputDevice "Synaptics Touchpad"
InputDevice "Generic Serial Mouse"
EndSection

save file xorg.conf tu, restart X korang dengan cara tekan ctrl-alt-backspace.

p/s : aku perlukan mouse nak main assault cube jek... hehehe beng beng beng!!!

Tuesday, June 17, 2008

di mana Sungai Ayam?


aku berasal dari kampung sungai ayam, batu pahat johor. aku bangga di lahirkan di sini... ramai kawan aku panggil aku udin... udin ayam... macam mengutuk... tapi lantaklah... janji maksud dia tak ke lain...

dimana sungai ayam? rujuk kat peta tu... kampung aku kat J124... aku BANGGA jadi anak jati johor... Alhamdulillah....

kawan lama....


dah lama tak chatting... sekali tu aku ditegur oleh sorang bini orang, kawan satu sekolah teknik dulu. tapi masa sekolah dulu, aku tak pernah tegur dia. apsal ntah aku ni, eksen kot mase tu... skang ntah macamane, bleh jadik member lak. tapi online aje la..... hehehe tu dia si reena peminat kucing yang gEMOk.... aku add blog dia kat blog aku ni....

berkaitan pasal linux lak... pidgin tu mmg best la.... satu application tapi bleh guna sumer im, cth msn, yahoo, myspace... hehehe

kalu nak install kat ubuntu :

code:
$ sudo apt-get install pidgin

pastu tekan alt-f2, taip pidgin... settle....

Assault cube tak de rendering kat ubuntu

pas aku siap sumer installation yang aku nak aritu, aku install assault cube. tapi bila main jek, gamba tersangkut-sangkut. sakit btol ati aku... pas aku search kat internet, dapat la solution.

website ni dalam bahasa inggeris, jadik aku pon buat ape yang aku paham je la.

aku menggunakan Dell Latitude C640. grapik kad dia ATI Radeon Mobility 7500 / ATI Mobility M7.

mula mula buang driver fglrx (kalau install), sebab dia conflicts ngan ATI open source driver.

code:
$ sudo apt-get remove --purge xorg-driver-fglrx

pastu reboot.

code:
$ sudo shutdown -r now

install driver nih

code:
$ sudo apt-get install --reinstall libgl1-mesa-glx libgl1-mesa-dri

pastu kita kena configure xorg.conf untuk tukar driver video kita.
bukak la pakai text editor yang korang suka. mcm aku suke gedit jek. kalo nak bekap dulu fail tu

code:
$ sudo cp /etc/X11/xorg.conf /etc/X11/xorg-working.conf

pastu edit

code:
$ sudo gedit /etc/X11/xorg.conf

pegi kat section yang ada tulis "Device"
ko taip cam ni

code:
Section "Device"
Identifier "Radeon 7500"
Driver "ati"
BusID "PCI:1:0:0"
Option "XAANoOffscreenPixmaps"
EndSection

indentifier tu utk nama video kad ko. driver tu, kalu untuk dari ATI mesti taip "ati". BusID lak mmg "PCI:1:0:0". kalo tak caya taip lspci. tapi lspci report guna hexadecimal, xorg.conf guna decimal. option tu plak kalu takde pon ok, kadang kadang lagi laju ikut grapik kad.

pastu pegi lak kat "monitor" section
masukkan ni plak.

code:
Section "Monitor"
Identifier "Generic Monitor"
Option "DPMS"
EndSection


identifier tu nama monitor korang la. option DPMS tu aku tak tau ape, tapi kompem compatible dengan monitor korang.
pegi plak kat section "Screen"
masukkan:

code:
Section "Screen"
Identifier "Default Screen"
Device "Radeon 7500"
Monitor "Generic Monitor"
DefaultDepth 24
SubSection "Display"
Depth 24
Modes "1024x768"
EndSubSection
EndSection


cam biasa, identifier tu biokan jek. device - isi nama video kad yang tadi, monitor pon yang tadi, default depth tu, aku tak tau. mungkin bit per pixel kot. aku masukkan 24 je. depth tu pon same. cuma kat modes plak, korang isi la resolution yang compem bleh kat first, second tu yang terbaik korang nak guna, contoh - Modes "800x600" "1024x768" .

ok. tambah bulak benda ni kat last sekali:

code:
Section "DRI"
Mode 0666
EndSection

Section "Extensions"
Option "Composite" "Enable"
EndSection


pastu check "ServerLayout" section:

code:
Section "ServerLayout"
Option "AIGLX" "true"
Identifier "Default Layout"
Screen "Default Screen"
InputDevice "Generic Keyboard"
InputDevice "Configured Mouse"
EndSection


restart X dengan menekan ctrl-alt-backspace.

bila login balik, taip:

code:
$ glxinfo | grep vendor

dia mesti ada SGI, maksudnya opengl berjalan ngan baik kot.

code:
$ glxinfo | grep "direct rendering"

mesti dia tulis yes - baru ok.

selamat bermain game untuk dell latitude c640....

p/s : jangan plak korang taip "code:" to skali dah la....

laptop aku yang disayangi


sekarang dah siap install ubuntu server kat laptop ngan gnome core yang aku edit sikit sikit. bleh play assault cube online... bleh chatting... ok la... ops... bukan ok tapi sangat best... aku totally dah menyampah ngan windows. tgk windows pon cuma mase repair pc orang. kat desktop tu aku letak gambar "blue screen of death" hehehe saje nak ejek member member yang malas nak configure linux. aku nyesal gak dari dulu tak nak try linux. tapi apa pun tu sumer ada hikmahnya.... gambo ni lepas aku install gnome screenshot.

cara nak dapatkan gnome screenshot bagi yang guna gnome-core aje:

code:
$ sudo apt-get install gnome-utils

dia ada 3 bende kat situ, dictionary, disk usage analyzer ngan screenshot.
cubalah install.. ada ape ape lagi aku update kat sini...

Friday, June 13, 2008

SP3

dah kuar dah sp3 untuk winxp.... letih aku nak install kat setiap pc kat makmal... slow lak tu... lagi slow dari zaman mula mula nak install sp2 dulu. ntahlah... kenapa tak keluarkan aje cd win xp pro installer integrated ngan sp3 tu kasik sumer user die. takpon buat cam linux. download aje distro dier. aku dah mula menyampah ngan microsoft. sangat menyampah...

Wednesday, June 11, 2008

yeye dah bunyik la....

ntah ape aku taip tadi... dah lupa...( copy kat internet ) tapi dah berbunyik la.... hehehehe....

hehehe

akhirnya usaha itu tangga kejayaan....

mula - mula isap rokok cari idea. ni nama dia rokok black devil @ setan itam...
Photobucket

pastu dah dapat idea, duduk bersila kat dalam bilik server. start install ubuntu server...
Photobucket

dah siap install... cari la info kat internet nak install gnome-core...
Photobucket

akhirnya... dapat gak... argh... letihnya... ( lepas berapa kali install ngan uninstall - masuk 4 hari gak ah )
Photobucket

pasni - misi aku nak buat dia berbunyi lak... takde sound plak la adehhhhh....

Tuesday, June 10, 2008

minat? entahlah...

kenapa aku jadi technician komputer? nasib kot... dulu aku cuma belajar elektronik je, SPMV, poli separuh ( diploma elektronik sampai 3rd part )... kalu nak diikutkan aku minat komputer sebab ada game jek. tapi rezeki Allah tu mmg tak diduga, akhirnya aku bekerja berlatarbelakangkan komputer jek ari ari... sampai akhirnya aku pon minat... skang tgh berjinak lak ngan linux ni... iiii bestnyer....

argh.... window punye pasal...

argh.... aku tensen... tu lah... dari dulu tak nak try configure linux... lemak sangat dengan window... kan dah jadi camni... install linux server tetap sibuk nak cari GUI gak... sabar.. sabar... dah tiga hari dah aku kerjakan nak dapat gnome paling "core" untuk ubuntu serber aku.... agak agak berapa ari ek? 1? 2? sebulan?

Friday, May 30, 2008

linux oh linux.....


arini aku surfing net... tgk ape os yang bleh replace os server kat sekolah ni... ramai suggest ubuntu... ni tgh tunggu donload la ni. bleh la... dia donload 420kbps. tak sabo rasenyer nak try configure... hehehehe ape ape hal aku update...


Thursday, May 29, 2008

lagi satu cara

haa.... ni lagi satu cara.... dapat dari http://www.my-it.org/.

Mesej 'Task Manager has been disabled by your administrator'

1. Klik pada Start>Run dan type gpedit.msc dan OK
2. Group Policy akan terpapar. Kemudian Klik pada User Configuration> Administrative Template> System > Ctrl + Alt + Del Option dan Double klik pada setting Remove Task Manager
3. Paparan Remove Task Manager Properties akan dikeluarkan dan pilih Disable kemudian klik OK.
4. Sekarang anda boleg buka task manager dengn cara Right klik pada toolbars atau tekan Ctrl + Alt + Del
5. Seterusnya anda perlu ikut langkah 2 dan Double klik pada setting Remove Task Manager. Pilih Not Configured dan klik OK
6. *Remove Task Manager perlu di tetapkan kepada setting asal iaitu Not Configured supaya ia pada setting asal


Mesej 'Registry disabled by administrator'

1. Klik pada Start>Run dan type gpedit.msc dan OK
2. Group Policy akan terpapar. Kemudian Klik pada User Configuration> Administrative Template> System dan Double klik pada setting Prevent access to registry tools
3. Paparan Prevent access to registry tools Properties akan dikeluarkan dan pilih Disable kemudian klik OK
4. Kemudian Klik pada Start>Run dan type Regedit dan OKdah bleh bukak
5. Seterusnya anda perlu ikut langkah 2 Double klik pada setting Prevent access to registry tools. Pilih Not Configured dan klik OK.
6. *Prevent access to registry tools perlu di tetapkan kepada setting asal iaitu Not Configured supaya ia pada setting asal
selamat mengetest...

task manager ngan registry edit tak leh bukak

macam macam la perangai hackers kat dunia ni... anto virus menyusahkan orang... ni salah satu effect dari virus diorang. sapa sapa yang takleh bukak dua mende nih, cubalah try apa yang aku kasik ni...

kalau takleh bukak registry, mula mula bukak notepad.exe,
pastu taip mende ni:

'Enable/Disable Registry Editing tools
'© Din jbq34 mirage tebabo - rev 05/02/08 - tiru omputeh nyer coding hehehe

Option Explicit

'Declare variables
Dim WSHShell, n, MyBox, p, t, mustboot, errnum, vers
Dim enab, disab, jobfunc, itemtype

Set WSHShell = WScript.CreateObject("WScript.Shell")
p = "HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\"
p = p & "DisableRegistryTools"
itemtype = "REG_DWORD"
mustboot = "Log off dan on balik, atau restart pc" & vbCR & "kalau tak log off ngan restart pon ok gak kot"
enab = "ENABLED"
disab = "DISABLED"
jobfunc = "Registry Editing Tools (regedit) dah "

'This section tries to read the registry key value. If not present an
'error is generated. Normal error return should be 0 if value is
'present
t = "Confirmation"
Err.Clear
On Error Resume Next
n = WSHShell.RegRead (p)
On Error Goto 0
errnum = Err.Number

if errnum <> 0 then
'Create the registry key value for DisableRegistryTools with value 0
WSHShell.RegWrite p, 0, itemtype
End If

'If the key is present, or was created, it is toggled
'Confirmations can be disabled by commenting out
'the two MyBox lines below

If n = 0 Then
n = 1
WSHShell.RegWrite p, n, itemtype
Mybox = MsgBox(jobfunc & disab & vbCR & mustboot, 4096, t)
ElseIf n = 1 then
n = 0
WSHShell.RegWrite p, n, itemtype
Mybox = MsgBox(jobfunc & enab & vbCR & mustboot, 4096, t)
End If


save as registry.vbs

kalu task manager pon disabled, pastu bukak notepad lagi, taip :


Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System]
"DisableTaskMgr"=dword:00000000

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Group Policy Objects\LocalUser\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System]
"DisableTaskMgr"=dword:00000000

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\policies\system\]
"DisableTaskMgr"=dword:00000000

[HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon]
"DisableCAD"=dword:00000000



save as taskmanager.reg

ikut step dibawah, jgn langkah langkah
1.install updated antivirus tuk ilangkan kekacauan virus.
2.run registry.vbs utk ablekan regedit
3.run taskmanager.reg utk ablekan taskmanager

Wednesday, May 28, 2008

start >>

ok. wa nak mula ni. kbai